// MALAYSIA · E-COMMERCE UNIT ECONOMICS

PRODUCT
MARGIN
PLANNER.

Kebanyakan produk mati bukan sbb pemasaran teruk. Dia mati sbb matematik dia dah kalah sebelum iklan pertama jalan. Sistem ni kira semuanya dlm 10 minit, merentas Shopee, TikTok Shop, Lazada dan DTC, sebelum ko bayar MOQ.

// CONTOH · KE MANA RM45 PERGI
Platform
0
Modul
0
Break even ROAS
0
Tinggal seorder
0
Tiada data keluar dari browser Landed cost hingga verdict Termasuk WHT atas belanja iklan
Engineered by Tuan Meck ← tuanmeck.com
// UNIT ECONOMICS · PRE LAUNCH
PRODUCT MARGIN PLANNER.
← Back to tuanmeck.com
Fees: unverified draft
// 00 · OVERVIEW · [BRIEFING]

Bunuh produk lemah
sebelum ko bayar
MOQ.

Kebanyakan produk mati bukan sbb pemasaran teruk. Dia mati sbb matematik dia dah kalah sebelum iklan pertama jalan. Tool ni kira benda tu dlm 10 minit, merentas Shopee, TikTok Shop, Lazada dan DTC sendiri, atas landed cost yang sama.

Contribution margin
Break even ROAS
Max CAC
Verdict
// 01 · SIGNATURE

Nombor yang ko sebenarnya cari bukan margin

Ia break even ROAS. Margin cuma cara nak sampai ke situ.
Contribution marginBreak even ROASMaksudnya
50%2.00xRuang luas. Boleh uji iklan, boleh diskaun
40%2.50xZon sihat utk kebanyakan supplement dan skincare
30%3.33xKetat. Satu campaign diskaun boleh padamkan
20%5.00xJarang mampan atas trafik berbayar
15%6.67xKo jual utk platform, bukan utk diri sendiri

Soalan sebenar bukan berapa margin aku. Ia: dlm kategori ni, atas platform ni, aku boleh x hit ROAS tu secara konsisten selama 6 bulan. Kalau jawapannya tidak, produk tu dah mati pada harga tu, dan ko tahu benda ni sebelum keluarkan duit MOQ.

Turutan kerja

Setiap tab baca state yang sama. Isi sekali, semua modul update.
#LangkahTabYang ko dapat
01Bina landed cost dari quotation supplierLanded CostKos sebenar seunit, bukan harga FOB
02Sahkan fi setiap platform dari seller centre koFee RegistryTake rate sebenar, bukan tekaan
03Isi harga jual dan kos operasiUnit EconomicsContribution dan break even ROAS
04Banding empat platform atas kos samaPlatform CompareMana satu produk ni sebenarnya hidup
05Uji lima titik hargaPrice LadderHarga mana bagi ruang paling besar
06Kira terbalik dari margin sasaranReverse SolverMax landed cost dan max CAC
07Model 6 bulan pertamaLaunch CurveBila cash flow pusing positif
08Semak modal terperangkapCash & StockPuncak keperluan tunai
09Baca verdict, rekod sebabVerdictGo, no go, atau betulkan apa dulu

Data

Takde apa2 keluar dari file ni. Export utk simpan produk dan fee registry antara sesi.
// 01 · CARA_GUNA · [MAP]

Cara guna.

Sistem ni satu rantaian, bukan 11 tool berasingan. Dua benda kat atas suapkan semua benda kat bawah. Ubah satu input, semua modul bawah dia update serentak. Peta ni tunjuk arah aliran.

Peta aliran

Hijau bermakna input yang ko taip. Maroon bermakna dikira. Anak panah tebal bawa multiplier cukai.
// INPUT · 01 LANDED COST Quotation supplier jadi kos seunit // INPUT · 02 FEE REGISTRY Take rate dan organik setiap platform // DIKIRA · 03 UNIT ECONOMICS Contribution seorder, sebelum iklan // DIKIRA · 04 AD COST & WHT Naikkan lantai break even ikut cukai × multiplier // 05 COMPARE Platform mana hidup // 06 LADDER Harga mana lulus // 07 SOLVER Siling landed cost // 08 LAUNCH 6 bulan pertama // 09 CASH & STOCK Puncak modal terperangkap // OUTPUT · 10 VERDICT Go, no go, atau betulkan apa dulu

Empat langkah

// 01
Bina kos
Tab Landed Cost. Isi dari quotation sebenar. Freight, duti dan clearance dibahagi ikut MOQ, jadi MOQ besar turunkan kos seunit.
// 02
Sahkan fi
Tab Fee Registry. Buka seller centre, sahkan setiap kadar, isi peratus organik dari Business Insights. Seal atas kekal maroon sampai ko buat.
// 03
Set cukai iklan
Tab Ad Cost & WHT. Pilih layanan. Kalau ko bayar guna kad korporat, ko hampir mesti dlm borne atau grossup.
// 04
Baca verdict
Semua modul lain update sendiri. Pergi Verdict, baca faktor mana yang lemah. Itu benda yang kena betulkan dulu.
// 01 · SIGNATURE

Ke mana setiap ringgit produk ko pergi

Hidup. Ini produk yang ko isi sekarang, bukan contoh.

Bar hijau ialah revenue. Bar maroon ialah kos yang tolak dia. Bar terakhir ialah apa yang tinggal untuk ko, selepas iklan dan cukai iklan.

Lantai break even ROAS ko

Hidup. Tiga lantai berbeza, dan satu je yang betul.

Peraturan yang jgn dilanggar

PeraturanKenapa
Sistem ni x auto saveData duduk dlm memory browser je. Export JSON sebelum tutup tab, kalau x semua hilang
Isi organik % dari data sebenarNilai default tu tekaan aku. Angka betul ada dlm Business Insights. Dia terus ubah keputusan platform
Jgn banding platform guna take rateDTC sentiasa menang atas take rate dan selalunya kalah atas break even ROAS. Banding guna lantai sebenar
Rate WHT kat sini model sahajaKedudukan cukai sebenar ditentukan dlm sistem WHT, atas entiti berkanun dan negara residensi
Verdict tinggi bukan jaminanDia triase. Dia tunjuk faktor mana lemah, bukan jamin produk ko jadi
// 01 · LANDED_COST · [COST_BASE]

Landed cost builder.

Harga FOB supplier bukan kos ko. Kos ko ialah harga tu campur semua benda yang berlaku sebelum stok sampai gudang. Kebanyakan seller silap kira 20 sampai 40% kat sini.

Inputs

Isi dari quotation sebenar, bukan anggaran.

Landed cost seunit

Awaiting input

Duti dikira atas harga unit campur freight, bukan atas harga unit sahaja. Sahkan asas duti dan kod tarif dgn forwarder ko, sbb ia berbeza ikut produk.

Pecahan kos

// 02 · FEE_REGISTRY · [UNVERIFIED]

Platform fee registry.

Semua nilai kat sini adalah draf yang dimasukkan utk struktur je. Kadar komisen berubah ikut kategori, tier seller, campaign dan masa. Buka seller centre ko, sahkan setiap satu, tukar status jadi VERIFIED. Seal atas kekal maroon sampai ko buat.

Take rate sebenar hampir selalu lebih tinggi dari yang seller ingat

Komisen tu baru satu lapisan. Voucher yang seller tanggung, programme free shipping, transaction fee dan komisen affiliate semua tolak dari revenue yang sama. Seller yang ingat dia bayar 8% selalunya bayar 14 sampai 18% sebenarnya. Itu beza antara produk untung dan produk rugi.

Fee per platform, % of gross revenue

Edit setiap sel. Kolum Take rate dikira automatik.
// 02 · SIGNATURE

DTC nampak paling murah. Dia bukan.

Ini silap paling mahal dlm perbandingan platform.
PerkaraMarketplaceDTC sendiri
Komisen platformAdaTakde
Trafik organikAda, percumaHampir takde
Peratus order dari iklan berbayarSebahagianHampir 100%
Kos penghantaranSelalu dikongsiKo tanggung penuh
Kepercayaan pembeliDatang dari platformKo kena bina sendiri

Sebab tu kolum Organik % tu wujud. Ia peratus order yang sampai tanpa belanja iklan. Marketplace hantar trafik percuma, DTC hampir langsung tidak. Sistem ni guna nombor tu utk kira break even ROAS sebenar, iaitu bar yang ko kena lepasi dlm ads manager. Tanpa pelarasan ni, DTC akan sentiasa nampak menang atas kertas sbb take rate dia paling rendah, dan itu perbandingan yang menipu.

// 03 · UNIT_ECONOMICS · [PER_ORDER]

Unit economics.

Per order yang berjaya dihantar. Order gagal dibebankan atas order berjaya, sbb itulah yang berlaku dlm akaun ko.

Product and order

Landed cost auto tarik dari tab Landed Cost bila ko tekan butang tu. Kalau ko nak override manual, taip terus.

Per delivered order

Awaiting input

Ke mana setiap ringgit pergi

// 04 · AD_COST_WHT · [TAX_LOADED]

Ad spend bukan
ad cost.

Antara duit yang keluar dari kad ko dan angka yang ads manager tunjuk, ada empat lapisan: cukai pegangan, cukai tak langsung atas perkhidmatan import, kos kad dan FX, dan fi agency. Semua tolak dari duit yang sama. Planner ni kira lapisan tu dan naikkan lantai break even ko ikut sepatutnya.

Kenapa benda ni penting sebelum launch, bukan selepas

Kalau kos iklan sebenar ko 12% lebih tinggi dari yang ko ingat, break even ROAS ko pun 12% lebih tinggi. Produk yang nampak lulus pada 2.5x sebenarnya perlu 2.8x. Beza tu kecil atas kertas dan besar dlm akaun bank. Semua rate kat sini adalah model, bukan kedudukan cukai yang disahkan.

Ad cost inputs

Isi rate model. Sahkan kedudukan sebenar dgn tax agent.

Card charge self service x boleh dipotong. Vendor terima penuh. Itu tolak ko masuk borne atau grossup secara default. Mana satu betul tu soalan undang2 pasal tax base, bukan pilihan.

Kos sebenar setiap RM1 belanja

Awaiting input
// 04 · SIGNATURE

Kesan atas lantai break even

Produk sama, platform sama. Cuma layanan cukai berbeza.

Ini sebab modul ni duduk sebelum Platform Compare dan bukan selepas. Setiap modul di bawah baca multiplier ni.

Forecast belanja iklan dan cukai, 6 bulan

Ditarik dari Launch Curve. Ubah volume atau ROAS kat tab tu, angka ni ikut.
// 04 · PLATFORM_COMPARE · [SIDE_BY_SIDE]

Platform compare.

Produk sama, landed cost sama, harga sama. Cuma struktur fi dan penghantaran yang berbeza. Ini tunjuk platform mana produk ni sebenarnya hidup.

// 03 · SIGNATURE

Merentas platform

Baris hijau bermakna ROAS yang ko mampu melepasi lantai break even. Baris maroon bermakna x lepas.
// 05 · PRICE_LADDER · [PRICING]

Price ladder.

Kos sama, lima titik harga. Kenaikan harga jatuh hampir sepenuhnya ke contribution, sbb landed cost x berubah. Itu sebab harga selalunya tuas paling kuat, bukan potong kos.

Tangga harga

Kolum terakhir tunjuk sama ada ROAS yang ko mampu melepasi lantai pada harga tu. Harga terendah yang lulus tu biasanya titik masuk paling selamat utk launch, sbb dia bagi ruang naik harga kemudian.

// 06 · REVERSE_SOLVER · [TARGET_FIRST]

Reverse solver.

Mula dari margin yang ko mahu, kira ke belakang. Ini yang ko bawa masuk rundingan supplier, sbb ko akan tahu tepat berapa harga maksimum yang masuk akal sebelum ko tanya harga dia.

Target

Siling ko

Awaiting input

Max landed cost merentas margin sasaran

Kalau quotation supplier ko lebih tinggi dari siling ni, ada empat pilihan je: naikkan harga, rundingkan MOQ lebih besar utk harga unit lebih rendah, kurangkan spec kos, atau tinggalkan produk tu. Bukan lima. Harapkan volume akan betulkan margin negatif bukan pilihan.

// 07 · LAUNCH_CURVE · [6_MONTH]

Launch curve.

Bulan pertama ROAS memang teruk. Model keadaan stabil sembunyikan benda ni dan buat produk nampak lebih baik dari sebenarnya. Ini tunjuk lubang tunai sebelum keuntungan.

Enam bulan pertama

// 08 · CASH_STOCK · [WORKING_CAPITAL]

Cash and stock.

Produk untung atas kertas masih boleh bunuh bisnes kalau modal terperangkap lebih lama dari yang ko mampu tahan. Ini tunjuk puncak keperluan tunai.

Kedudukan tunai

Awaiting input

Amaran stok

// 09 · VERDICT · [DECISION]

Verdict.

Triase, bukan keputusan. Dia bagitau ko benda mana yang lemah dan kena betulkan dulu. Keputusan tetap milik ko.

// 04 · SIGNATURE

Panggilan

Awaiting input

Faktor

Ringkasan produk